Thursday, September 20, 2007

KHAMIS-20/09/07 (SELEPAS 2 MINGGU...)








Hijau Bumi Tuhan...Kita bina bersama-sama....Kita jaga Harmoninya...Abadikan keindahan ini..Jerong Cyberkids akan rehat selama 2 hari dan Taman Warisan akan disambung laporannya pada hari Ahad nanti.....ADIOS !





KHAMIS-20/09/07 (KEREK...NAK BUAT APA TU?)


Kerek adalah bahasa Terengganu yang digunakan untuk panggilan pasu besar seperti gambar diatas.Ini adalah idea daripada Pengerusi Jerong Cyberkids untuk merekacipta satu panorama yang mendamaikan bagi Taman Warisan kita...Apakah ia? Sama-sama kita tunggu....

KHAMIS-20/09/07 (TENTANG PANDAN)



Hari ini diawal pagi lagi Penasihat Jerong Cyberkids Pn. Linda telah berjaya mendapatkan beberapa pokok pandan untuk ditanam dikawasan Taman. Apakah keistimewaan pokok pandan?Disini disertakan sedikit info tentang pokok Pandan....Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia.

RABU-19/09/07 ( MENGISI TANAH KEDALAM POLYBAG )












Jerong Cyberkids hari ini mula mengisi tanah kedalam plastik polybag sambil diawasi oleh Penasihat Kelab Pn.Linda sementara menunggu ketibaan pokok-pokok herba yang akan mula dicari pada minggu depan. Ahli-ahli Jerong Cyberkids menunjukkan prestasi yang baik sehingga kehari ini dan hampir kesemua peringkat projek berjaya dicapai mengikut yang dijadualkan.Diharapkan suasana ini akan berterusan sehingga kekemuncaknya yang dijadualkan pada akhir bulan 10 nanti..Teruskan usaha Jerong Cyberkids!!



Tuesday, September 18, 2007

SELASA-18/09/07 (BATA TEMPAT BERJALAN KAKI)







Batu-batu diangkut untuk dijadikan tempat berjalan kaki di dalam taman dan disusun bagi mengindahkan lagi landskap Taman Warisan..Sama-sama kita lihat hasilnya nanti...

SELASA-18/09/07 (PERIHAL JADUAL BERTUGAS DAN KERUSI BATU)


Memandangkan Taman Warisan sekarang telah dihiasi sedikit sebanyak dengan pokok-pokok herba walaupun tidak sepenuhnya lagi, Jerong Cyberkids telah membahagikan jadual bertugas sesama ahli bagi memastikan pokok-pokok disiram dan tapak taman sentiasa dibersihkan. Di samping itu Taman Warisan turut di beri sumbangkan oleh sekolah kerusi dan meja diperbuat dari batu untuk tempat bersantai dalam taman.. Go,Go Jerong Cyberkids!

SELASA-18/09/07 (NETTING)

Netting Hitam akhirnya dipasang pada rumah pokok yang telah siap pada minggu lepas. Netting ini penting dalam menapis 70% ketelusan cahaya dan ini sangat sesuai untuk anak-anak pokok herba untuk bertumbuh dengan baik..



ISNIN-17/09/07 ( PAGAR BULUH )


Buluh menjadi elemen penting untuk menonjolkan panorama semulajadi sesuatu kawasan.Oleh itu ianya telah menjadi pilihan utama Jerong Cyberkids untuk dijadikan pagar bagi taman warisan.Jerong Cyberkids amat bertuah kerana dikawasan sekitar sekolah masih banyak buluh-buluh yang boleh didapati.


Sunday, September 16, 2007

AHAD-16/09/07( TUNJUKCARA PENANAMAN)












Sedikit tunjukcara penanaman telah dilakukan oleh penasihat Jerong Cyberkids kepada sebilangan ahli-ahli yang hadir.Ianya bertujuan memberi pendedahan kepada cara penanaman herba yang yang betul dan secara tidak langsung akan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka nanti.Thank You Teacher!





AHAD-16/09/07( KETIBAAN PASU)








Hari ini Jerong Cyberkids telah berjaya mendapatkan pasu-pasu untuk persediaan tanaman pokok-pokok herba.Pasu-pasu ini telah dibeli dengan duit dana sumbangan Maxis dan termasuk dalam bajet yang telah dikemukakan. Dengan ini kami telah bersedia untuk menerima kedatangan pokok-pokok herba pula yang dijadualkan akan tiba tidak lama lagi.