Thursday, September 20, 2007

KHAMIS-20/09/07 (TENTANG PANDAN)



Hari ini diawal pagi lagi Penasihat Jerong Cyberkids Pn. Linda telah berjaya mendapatkan beberapa pokok pandan untuk ditanam dikawasan Taman. Apakah keistimewaan pokok pandan?Disini disertakan sedikit info tentang pokok Pandan....Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia.

No comments: