Thursday, September 27, 2007

RABU-26/09/07 "My50 HERITAGE PARK PROJECT SK JERONG! HERE WE GO!'


Kepuasan jelas terpancar pada semua ahli Jerong Cyberkids Club, walaupun masih banyak yang perlu dilakukan menjelang upacara perasmian Taman, dan diharapkan semuanya akan dapat disiapkan mengikut jadual....

RABU-26/09/07 ( PAGAR TAMAN WARISAN PANDANGAN HADAPAN )


Setelah bertungkus lumus mencari idea dan bahan untuk membuat pagar,akhirnya pada hari ini Jerong Cyberkids telah berjaya meyiapkan pagar pada bahagian hadapan Taman.Pagar ini telah dibuat menggunakan buluh hijau dan kuning. Usaha Tangga Kejayaan !

SELASA-25/09/07 (MENGEMASKINI BATA PEJALAN KAKI )

Jerong Cyberkids mengambil inisiatif menyusun semula bata yang digunakan sebagai tempat pejalan kaki kedalam taman kerana terdapat bata yang tidak disusun dengan betul dan membahayakan pengunjung...

Wednesday, September 26, 2007

ISNIN-24/09/07 ( MENGECAT RUMAH POKOK)




Setelah berehat selama 3 hari, Jerong Cyberkids memulakan proses mengecat rumah pokok. Mengikut jadual, mengecat sepatutnya dijalankan pada hari Ahad lagi, tetapi terpaksa ditangguh pada hari keesokannya disebabkan hujan.