Saturday, September 15, 2007

Rehat 2 hari...



Selepas bertungkus lumus dalam seminggu dalam usaha menyiapkan tapak projek, Jerong Cyberkids berehat seketika selama 2 hari. Rehat bagi kami tidak bermaksud melupakan terus projek yang sedang diusahakan.

Selama dua hari cuti ini setiap ahli telah diberikan tugasan untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang kegunaan tanaman herba daripada keluarga masing-masing serta komuniti kampung Jerong. Setiap maklumat yang diperolehi kelak penting untuk menjayakan projek ini.


Teruskan usaha anda !

Friday, September 14, 2007

KHAMIS-13/09/07 (MEMBUAT PAGAR DAN RUMAH POKOK)



Kelihatan para pekerja yang terlibat sedang bertungkus lumus untuk membuat rumah pokok dan pagar. Kesemua bahan ini diperolehi oleh Jerong Cyberkids daripada bahan terbuang dan bahan semulajadi yang didapati sekitar kawasan sekolah. Semoga berjaya!

KHAMIS-13/09/07 (PROSES MENGECAT DAN MENCANTIKKAN TIN)




Setelah kesemua tin siap dibasuh, Jerong Cyberkids mula mengecat semula tin-tin tersebut. Disamping kelihatan menarik dan cantik, ianya dapat menguatkan lagi ketahanan tin-tin tersebut dari berkarat...Sekali lagi terpancar wajah kegembiraan dan kepuasan dapat disaksikan walaupun hari pertama berpuasa.

KHAMIS - 13/09/2007(PROSES GUNA SEMULA)




Hari pertama bulan Ramadan sedikitpun tidak mematahkan semangat ahli pasukan Jerong Cyberkids untuk berusaha menyiapkan projek yang telah dirancang.Pada hari ini ahli-ahli Jerong Cyberkids telah berjaya mendapatkan tin-tin kosong untuk digunapakai semula menjadi pasu untuk tanaman herba.Tin-tin ini kemudiannya dibasuh untuk dicat semula.Secara tidak langsung mereka mula memahami betapa pentingnya bahan-bahan terbuang seperti ini jikalau digunakan secara bijak akan menghasilkan satu hasil yang membanggakan.

RABU - 12/09/2007 (PENANDAAN KAWASAN TAPAK)








Hari ini Jerong Cyberkids dan para pekerja bertungkus lumus untuk menyediakan pagar dan menggali lubang untuk ditanam pokok herba yang terdapat didalam kawasan sekolah.Bahan-bahan terbuang turut digunakan semula untuk dibuat rumah kecil untuk tapak benih anak herba..

SELASA - 11/09/2007 (BERSIH TAPAK PROJEK)






Pembersihan kawasan asas untuk dibuat tapak projek telah dilakukan bersama komuniti sekolah.Pekerja yang terlibat turut mengambil ukuran kawasan untuk dibuat pagar sementara.Semangat kerjasama dan sambutan komuniti sekolah dalam menjayakan projek ini sangatlah menakjubkan. Terima Kasih semua!

Thursday, September 13, 2007

ISNIN - 10/10/2007 (MESYUARAT KHAS PENGURUSAN)


Mesyuarat khas Pengurusan Sekolah membincangkan Projek Taman Warisan untuk mengetahui bidang tugas ahli Jerong Cyberkids, guru yang terlibat, bahan keperluan projek dan pekerja yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Pembentangan Projek oleh GP KO tentang aktiviti yang sedang dan akan dibuat, laporan bajet, tempat projek serta masalah-masalah yang dihadapi terutama dengan kedatangan bulan Ramadan yang bakal menjelang..

AHAD - 09/09/07 (AGIHAN TUGAS)




Perbincangan diantara ahli Jerong Cyberkids dengan Pengerusi dan Penyelaras untuk melaksanakan projek. Ahli diberi penerangan dengan teliti dan panjang lebar berkenaan dengan langkah-langkah yang perlu diambil dalam peringkat perlaksanaan yang bakal dijalankan nanti.

FASA 2: BERMULA !



Berdasarkan kepada proposal yang dihantar, Jerong Cyberkids telah terpilih untuk ke peringkat yang seterusnya dalam membawa cabaran untuk melaksanakan PROJEK Taman Warisan yang pada mulanya hanya dalam angan dan mimpi kami....sekarang IMPIAN bakal menjadi REALITI! TERIMA KASIH MBC!

Tuesday, September 11, 2007

TANAMAN HERBA UNTUK KESIHATAN


TANAMAN HERBA UNTUK KESIHATAN

Sememangnya kehadiran semak samun atau tumbuhan didalam kawasan rumah kita adalah sesuatu yang kita tidak gemari. Untuk membersihkannya kita akan mencabut atau lebih menyenangkan lagi kita akan meracunnya. Tetapi pernahkah kita sedar bahawa semak samun itu mengandungi tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubatan atau bahan makanan yang baik untuk kesihatan.

Antara tumbuhan herba yang dapat kita temui dikawasan rumah kita ialah keremak, dukung anak, kematikan, tutup bumi, kacang kelo, cempaka, stevia, talin, bakawali dan aerva lantasjus. Manakala akar kayu pula ialah rumput samboi, cendawan susu rimau,ubi jaga dan dahan raja kayu. Kesemua tumbuhan herba ini adalah warisan masyarakat kita yang menjadi amalan turun temurun sejak dahulu lagi.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya “dan ingatlah satu bukti lagi,engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.