Saturday, August 11, 2007

PASUKAN PROJEK



Penasihat Projek :
Puan Mahani Ismail(GB)

Pengerusi Projek:
Puan Zainab Ismail

Penyelaras Projek :
Puan Nor Haslinda Mohd Hashim

Penolong Penyelaras :
Puan Wan Norhamizah Wan Ibrahim

Setiausaha :
Shahizam Ngah @ Mazuki

Ahli Jawatankuasa Jerong CyberKids :
1. Amir Izzuddin bin Wahab
2. Ahmad Izham bin Mohamad
3. Aisyah Fatihah binti Hanapi
4. Aishah Nadhirah Binti Shafie
5. Mohd Amirul bin Mohd Amin
6. NurSyakinah binti A.Rahim
7. Ahmad Aiman bin Jusoh
8. Siti Nur Alia Hafiza binti Abu Tamil

STRUKTUR PROJEK (CHECKLIST PROGRESS)

NO
AKTIVITI
TARIKH
STATUS
1
Pemberitahuan ahli Kelab tentang pertandingan cyberlinq 2007
10/07/2007
/
2
Perjumpaan Pertama Pasukan Projek / Pembentangan Idea projek oleh ahli Kelab
17/07/07
/
3
Perbincangan dan Pembentangan Cadangan Projek kepada GPK KO selaku Pengerusi
22/07/07
/
4
Penyediaan Proposal
31/07/07
/
5
Penghantaran Proposal secara Online
07/08/07
/
6
Proposal berjaya! Jerong Cyberkids ke Fasa 2 Cyberlinq 2007
30/08/07
/
7
Mesyuarat agihan tugas dan perlantikan AJK Projek
02/09/07
/
8
Mesyuarat Khas Pengurusan & pembentangan Bajet Projek dan AJK terlibat oleh GP KO kepada GB
10/09/07
/
9
Pembersihan Kawasan Tapak Projek
11/09/07
/
10
Memagar dan Menanda Kawasan Projek
12/09/07
/
11
Perlaksanaan Projek dan Laporan Projek dilaman http://cqskjerong.blogspot.com/
13/9/07 hingga 20/10/07


12
Pembukaan & Perasmian Projek oleh Pegawai Pelajaran Daerah Marang
22/10/2007


HASIL YANG DIHARAPKAN

Berdasarkan kepada apa yang telah dirancang, kami berharap agar kemudahan taman herba yang akan dibina ini akan dapat memberi faedah dan informasi yang berguna kepada warga SK Jerong khususnya dan penduduk kampung amnya. Projek ini diharapkan akan dijalankan dengan penglibatan bersama penduduk kampung Jerong yang akan saling membantu dalam membina satu impian dan menyahut cabaran Malaysia dalam kempen 'Cintai Alam Sekitar'.

Cyberkids SK Jerong akan menjelajah keseluruh kampung Jerong untuk mendapatkan sebeberapa banyak derma tanaman herba dari orangramai dan berkongsi pengalaman tentang kegunaannya yang telah digunakan untuk pelbagai tujuan oleh kebanyakan penduduk disini zaman berzaman.Dengan cara ini kami berharap akan dapat memberi sedikit sumbangan untuk komuniti setempat kami.

Friday, August 10, 2007

OBJEKTIF PROJEK

  • Untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih mengenali dan memulihara alam sekitar khasnya tanaman herba agar tidak luput ditelan zaman
  • Melatih pelajar agar dapat mempelajari kegunaan tanaman herba ini didalam bidang perubatan tradisional dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
  • Menjadi penggalak kepada murid untuk lebih meminati bidang sains pertanian
  • Mengisi masa lapang pelajar dengan lebih berfaedah

Thursday, August 9, 2007

SINOPSIS PROJEK

Dari dulu hingga sekarang, Sk Jerong masih tidak mempunyai satu taman untuk para pelajar menjalani aktiviti yang berfaedah pada masa lapang dan ketika pembelajaran di dalam waktu persekolahan. Projek taman herba diharapkan akan membawa faedah yang besar untuk para pelajar untuk dapat mengenali dan mencintai tanaman herba yang sememangnya kita tahu ianya amat berguna dan mempunyai pelbagai khasiat. Kita juga pasti gembira kerana telah berjaya menyahut seruan kerajaan dalam kempen Mencintai Alam Sekitar.
Berdasarkan situasi ini, Kelab Cyberkids SK Jerong sangat teruja untuk memulakan projek yang amat berguna ini kepada semua komuniti sekolah. Tempat yang paling sesuai difikirkan untuk projek ini adalah tempat yang terletak dibelakang bangunan kelas tahap 2.
Kelab Cyberkids SKJ berharap agar Taman Herba ini akan memberi faedah kepada semua pelajar dan guru-guru untuk lebih mengenali tumbuhan herba agar ianya tidak luput dek zaman...