Thursday, August 9, 2007

SINOPSIS PROJEK

Dari dulu hingga sekarang, Sk Jerong masih tidak mempunyai satu taman untuk para pelajar menjalani aktiviti yang berfaedah pada masa lapang dan ketika pembelajaran di dalam waktu persekolahan. Projek taman herba diharapkan akan membawa faedah yang besar untuk para pelajar untuk dapat mengenali dan mencintai tanaman herba yang sememangnya kita tahu ianya amat berguna dan mempunyai pelbagai khasiat. Kita juga pasti gembira kerana telah berjaya menyahut seruan kerajaan dalam kempen Mencintai Alam Sekitar.
Berdasarkan situasi ini, Kelab Cyberkids SK Jerong sangat teruja untuk memulakan projek yang amat berguna ini kepada semua komuniti sekolah. Tempat yang paling sesuai difikirkan untuk projek ini adalah tempat yang terletak dibelakang bangunan kelas tahap 2.
Kelab Cyberkids SKJ berharap agar Taman Herba ini akan memberi faedah kepada semua pelajar dan guru-guru untuk lebih mengenali tumbuhan herba agar ianya tidak luput dek zaman...

No comments: